About Me Twitter Affiliate Entry Follow

I bunch of loser until you come.

            Hello stalker yang berjaya. Aku nak cerita ni.



           3tahun dulu selepas aku putus dengan Ex aku. Umur aku tingkatan 3. Aku berubah jadi teruk dan nakal. Aku selalu buat mak aku nangis. Aku jadi pencuri, pembuli, budak kurang ajar, aku ponteng kelas dan hampir pukul cikgu. Time tu aku bangga sangat. Aku takda perasaan dengan tangisan mak aku sampai aku sanggup marah dia balik "Mak jangan samakan ucop dengan orang yang bagus bagus! Ucop" This word i never forget. Never ever forget. Until now. Bila aku jumpa kau. Aku rasa tenang dan indah. Ayat ni bukan lagi satu  yang patut aku ingat. Aku harus lepaskan perkara yang sudah. Bila aku masuk Form4, aku tukar sekolah bagi bersihkan nama aku. Mak aku sanggup pergi ke pejabat pelajaran, buat rayuan. Dan easily aku cakap "Ucop taknak pun sekolah mak.  Bukan semua orang yang sekolah tu berjaya" Time tu aku memang tak fikir ape. Mak aku sepak aku, aku nak balas balik. Tapi bila aku tengok aan (akak kedua, oku - orang kurang upaya) nangis. Aku terus masuk bilik. Nangis 1hari, tak keluar rumah, tak jumpa kawan kawan, tak jumpa parent aku. Tangisan dia buat aku sebak. Aku tak sangka aku begitu teruk! Suck! Aku dapat sekolah SMK Alam Damai. Yaaa, sekolah baru. Disitu aku berjanji dengan mak aku yang aku nak ubah cara hidup family "Mak, ucop janji. Tak akan satu titik air mata mak akan mengalir kerana ucop kay" *lap pipi* Bila teringat balik, aku jadi menangis sekarang. Haha, malu lah lelaki nangis. Okey, kat mana tadi. Ohh ya. ? Itu janji aku. Korang rasa orang macam aku layak ke tunai semua tu? Hmmm, tak layak kan.. :') i know, orang tak akan ingat benda baik. Orang sentiasa ingat benda buruk. Aku study hard, aku mencari kenapa semua ni berlaku.
So, tahun tu aku dapat buat mak aku tak menangis disebabkan kebodohan aku. Bila aku form 5, aku kena lagi tekun tuk SPM. Blaaa blaa blaaa.. Aku dah nak spm. So, aku tanya mak aku "Mak, kalau ucop dapat straight A's. Ape ucop dapat ehh mak?" Mak aku cakap "Satu senyuman yang ikhlas tuk kau ucop. Mak tak mampu nak beli ape ape" Aku terus masuk bilik dan nangis. Yelah, aku sorang je anak laki dalam keluarga ni. Takkan aku nak nangis depan mak aku. Nampak sangat aku lemah. Bila dah habis aku jawab semua paper, aku kena tunggu result. Memang gementarlah kan. Aku amik result dengan muka sedih. Aku tak dapat tengok senyuman mak aku yang memang khas untuk aku. Balik dengan tunduk dan terus duduk dalam bilik. Aku fikir macam macam dalam bilik. Semuanya negetif, negetif dan negetif. Mak aku balik dari kerja. Dia suruh bukak pintu, aku cakap "Mak keputusan ucop tak straight! Hmmm, mesti mak kecewakan?" Tetiba mak aku jerit "Bukak jelah pintu ni!" Bukak je pintu, mak aku dah ada depan pintu "Mak tak kisah, 2 tahun kau tak buat aku nangis. Aku tengok kau happy je" dengan muka senyum dia. Dah lama aku tak tengok senyman dia. Aku lemah, aku nangis lagi. SHITTTT! kenapa aku tak boleh tabah. So, setelah 3 tahun single. aku jumpa dengan dia yang ku sayangi :') i will try make you happy. I dont care how far we are. Sayang kau gendut! So, tetiba harini. Keluarga huru hara sikit. Aku jadi lemah lagi. Aku fikir nak lompat je dari tingkat 3. Tapi dia text dia "Tp smpai nk bnuh diri. Mcm la drg happy. Syg cmon laa. Siapa nak jaga bby? Hmm T_T" Dari jatuh, aku bangkit balik. Ecehceh, macam cerita melayu pulak. Aku duduk depan rumah dengan muka senyum. Mak aku rampas phone. Aku masuk rumah je. *pang* kena sepak. "Jangan rahsia sesuatu pun dengan family" So, mak aku boleh terima dia :')  But, kenapa nak sepak? Marah? Takkkkk. Happy? Tak kan kena sepak. Aku duduk dalam bilik ngadu kat dia. Haha, Aku tak tahu ape jadi kat masa depan aku. I want you support me. baby :') Kawan kawan aku semua cakap family aku sporting, but aku rasa macam biasa je.

xoxo Ucop :') love you!


Welcome
Assalamualaikum, hey you are welcoming to my world. Be nice here and behave yourself! ~xoxo Ucop (:

Shoutbox




Credit
Skin made by Hafiz Zulkafly . Edit by AMIRA . I GOT THE BACKGROUND FROM Dolliecrave . Other image from We♥it and special thanks to Mr.Google cause help me .